Tonggak futsal negara, Mohd Khairul Effendy Bahrin, berharap pemain-pemain muda dalam skuad kebangsaan menggandakan usaha dalam latihan menjelang Kejohanan Futsal AFC di Taiwan, bulan depan.
Lima muka baru berkenaan ialah Hazizi Mansur dan Mohd Nurashraf Mohd Azle dari KL City, Iskandar Harun dan Ahmad Harith Naim Mohd Nasir (Kuantan Rangers) serta Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United).
Bagi Khairul Effendy, rata-rata pemain muda yang diserapkan pengendali kebangsaan, Chiew Chun Yong, memiliki potensi, namun untuk bersaing di peringkat AFC memerlukan mereka beraksi hebat.
Pemain yang kini beraksi bersama SKN Kebumen dalam kancah Liga Futsal Indonesia itu turut bersikap waspada dengan lawan yang bakal dihadapi skuad negara di Taiwan.
"Kalau terpilih ke Taiwan nanti, saya harap mereka akan segera menyesuaikan diri.
"Ini kerana latihan yang diterapkan jurulatih, Chun Yong, bukan lagi aspek asas, sebaliknya aspek pertengahan.
"Mereka perlu cuba untuk menyelaraskan permainan kami," katanya.
Di atas kertas, Malaysia dijangka mampu memburu dua tempat teratas Kumpulan A yang turut dibarisi Taiwan, Vietnam dan Bahrain.
Namun, Khairul Effendy berasakan setiap pemain perlu berwaspada dengan ancaman lawan meskipun skuad negara kini di tahap terbaik.
"Ini peringkat AFC, apa-apa pun boleh terjadi. Kalau kami ambil ringan dan bersikap sambil lewa, silap-silap Taiwan dan Vietnam pun kami tidak boleh kalahkan.
"Walaupun kami pernah mengalahkan Vietnam -- menang 5-1 dalam separuh akhir Kejohanan AFF, November lalu -- pasti mereka tidak akan memberi muka kepada kami apabila berjumpa lagi, oleh itu kami perlu betul-betul fokus," katanya.