Skip to main content

Sukan Lain

Muezza komited anjur kejohanan konsep neon pertama di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mueza.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEA) Muezza Archery, Anas Izuan, menegaskan Muezza terus komited kali ini dengan penganjuran Muezza Grand Sirkit: Neon Edition kali ini.

Ia bakal memberikan nafas baru terhadap suasana kejohanan memanah apabila tampil dengan pencahayaan neon serta pengudaraan lebih kondusif untuk peserta dan penonton.

Kejohanan itu dijangkakan dapat menarik lebih ramai penyertaan dan mendatangkan idea konsep pertama terhadap penganjuran kejohanan memanah di Malaysia.





"Untuk kejohanan dalaman setahun dua kali dan yang paling terdekat adalah Kejohanan Muezza Grand Sirkit: Neon Edition di Bukit Kiara dengan konsep neon dan gelap.

"Kali ini fasiliti kejohanan lebih baik seperti penghawa dingin berbanding sebelum ini di Shah Alam.

"Pelajar kami juga aktif dimana setiap dua bulan kami akan hantar ke kejohanan." katanya.

Dia ditemui ketika Majlis Grand Opening Muezza Flagship Proshop yang diadakan di Shah Alam hari ini dengan tujuan memperkenalkan produk dan inovasi terbaru daripada Muezza. 

Advertisement

Must Watch Video