Berita baik buat skuad muay thai apabila kesemua atlet negara berjaya mengelak pertemuan dengan peserta Thailand dalam laluan ke perlawanan akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Kelima-lima atlet negara dilihat berpotensi besar mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir selepas selesai sesi undian, hari ini.
Salah seorang atlet, Muhd Samsi Mohd Noor, yang bertanding dalam kategori 71 kilogram, mendapat 'bye' dan akan terus beraksi di peringkat separuh akhir.
Jurulatih negara, Bernard Radin, ternyata lega dengan hasil undian itu dan berharap atletnya mampu ke final berdepan Thailand.
"Kelebihan banyak memihak kepada Malaysia. Kami telah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi saingan kali ini. Berjaya mengelak Thailand dalam pusingan awal adalah satu perkara yang positif," katanya.
Dalam pada itu, skuad muay thai yang berkelana selama 33 hari ke Bangkok sebelum pulang ke tanah air kelmarin membuat kejutan pada saat-saat akhir apabila membuat pertukaran atlet dengan membawa masuk Samsi dan Mohd Amirul Ariffin.
"Kami menyedari negara-negara luar sentiasa memantau prestasi atlet-atlet negara, itu merupakan sebab ada melakukan pertukaran pada minit-minit akhir sebagai percaturan kami," tambah Bernard.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go