Haria Penang Haria!
Kontinjen Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukan teratas dalam pungutan pingat semasa Kejohanan Bowling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025.
Mayra Khayreena Mohd Khairi sekali lagi muncul penyumbang pingat emas dan kali ini menerusi kategori beregu perempuan B-15 bersama gandingannya, Mia Batrisyia Norezuan.
Aksi penentuan menyaksikan perseteruan wakil utara yang menyaksikan Kedah dibezakan 55 jatuhan pin.
Lebih manis, kemenangan itu turut melengkapkan dua emas peribadi buat Mayra Khayreena selepas mengungguli acara all-events.
"Saya rasa sangat gembira.
"Saya ingin hadiahkan kemenangan ini kepada emak dan ayah. Mereka korbankan masa dan wang untuk hantar saya ke latihan," kata Mayra Khayreena.
Diberi peluang untuk bergandingan bersama juara kategori all-events itu menjadi satu penghargaan buat Mia Batrisyia yang mengakui keserasian mereka berjaya melepasi tahap yang disasarkan sebagai dorongan untuk mengutip emas kelima buat kontinjennya.
"Saya sangat bersyukur dan bangga dpat bergandingan di samping seorang juara, Mayra Khayreena.
"Begitu juga dengan keluarga yang datang dari jauh," katanya pula.

Girlssss power! ?
— husnae (@husnazainudin_) May 27, 2025
Bendera Pulau Pinang terus dikibarkan di atas podium tertinggi Kejohanan Bowling MSSM 2025!
Dan kali ini sekali lagi disumbangkan oleh Mayra Khayreena bersama gandingannya, Mia Batrisyia!@ASTROARENA pic.twitter.com/svuTjV8jua