Skip to main content

Permotoran

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish tamat sesi kelayakan di kedudukan keenam

gp_1.jpg
Pelumba cilik, Mohd Hakim Danish, berjaya menamatkan saingan kelayakan Moto Grand Prix Rookies Cup di kedudukan keenam dengan catatan masa 2 jam 0.624 saat di Litar Mugello, Italy.

Dalam sesi latihan pertama, Danish merasakan keserasian  dengan jenteranya masih tidak begitu baik membuatkannya berasa agak janggal, lebih-lebih lagi ketika berada di bahagian selekoh.

Oleh kerana itu, ada sedikit perubahan yang dilakukan ke atas kondisi jenteranya ketika sesi latihan kedua sekaligus membantu dia untuk memperbaiki catatan yang dilakukan dalam sesi kelayakan.

"Saya agak cruising ketika berada di Chicane dengan rider lain. Saya juga telah memperbaiki gaya tunggangan ketika sesi kelayakan dan doakan saya cemerlang dalam perlumbaan sebenar." katanya kepada Nadi Arena. 
 

Advertisement

Must Watch Video