Peluang berharga buat Hakim Danish Ramli untuk beraksi dalam Grand Prix (GP) Malaysia 2025 kian cerah!
Dia yang masih segar dengan kemenangan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Aragon minggu lalu itu terus menggegar Eropah dan kini bersiap sedia untuk menunjukkan taring di laman sendiri.
Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, berjanji menyediakan jentera Moto3 yang padu, namun semuanya tertakluk kepada lampu hijau daripada Petronas SIC.
ZK Racing tiada masalah memyediakan segalanya dari sudut teknikal, namun keputusan akhir untuk menyokong dana keseluruhan perlu mendapat persetujuan daripada SIC dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kami akan sediakan motosikal terbaik, sama taraf dengan pelumba yang lain.
"Saya 100 peratus percaya pakej bahagian teknikalnya yang sangat kompetitif, cuma sekarang kami tunggu kata putus daripada SIC.
"Saya nampak peluang ini cerah. Saya harap dia dapat berlumba dengan sihat.
"Dia perlu tamatkan Red Bull Rookies Cup dan FIM JuniorGP dengan baik dan selepas itu barulah kami fikirkan tentang program tiket peluang khas ini yang bermula Oktober depan," katanya di Nadi Arena.