Skip to main content

Sukan Lain

MOM bimbang Brooker berubah fikiran

christian-brooker_3.jpg
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bimbang penolong jurulatih terjun negara, Christian Brooker, akan meninggalkan Malaysia pada bila-bila masa kerana dia belum mendapat permit pekerjaan atau menandatangani kontrak bersama Program Podium. 

MOM terkejut dengan situasi tersebut biarpun dia sudah lebih dua minggu berada di Malaysia. 

Sepatutnya Program Podium mengikat pengendali dari Australia itu lebih awal untuk menjamin persiapan penerjun menjelang Sukan Komanwel Gold Coast, April depan. 

Dalam keadaan sekarang, kelebihan berpihak kepada Brooker kerana dia boleh angkat kaki pada bila-bila masa sahaja. 

"Dia boleh pergi pada bila-bila masa memandangkan dia masih belum menandatangani kontrak.

"Misalnya, kalau dia mendapati situasi perkauman di sini yang tidak sesuai dengannya, dia boleh pulang. 

"Kalau dia sudah memeterai kontrak selama beberapa tahun, maka dia perlu mempertimbangkan tindakannya," ujarnya Penolong Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi. 

Brooker akan membantu Zhang Yukun yang dilantik sebagai pemangku ketua jurulatih negara. 

Kok Chi juga terkejut apabila masih ramai atlet dan jurulatih negara belum mengikat kontrak bersama Program Podium walaupun Sukan Komanwel berbaki tiga bulan saja lagi. 





 

Advertisement

Must Watch Video