PERMOTORAN
Mokhzani nasihatkan penganjur patuhi garis panduan
'Jangan hanya mahu mengelak bayar pengiktirafan kejohanan, orang lain jadi mangsa' itu saranan Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir, yang mahu kemelut penganjur tidak bertanggungjawab segera selesai.
Ketika ini, kes membabitkan penganjur Kejohanan Moto-Drag Kebangsaan itu, masih di fasa perbincangan membabitkan pihak PDRM, KBS serta Pesuruhjaya Sukan.
Dalam perkembangan berbeza, Malaysia muncul tuan rumah buat pertama kali, melibatkan Kejohanan Motosport Asia Pasifik 2023 membabitkan 23 negara.
Iklan
Kejohanan tersebut mempertaruhkan lima disiplin di bawah peraturan pertandingan kebangsaan antaranya karting, karting slalom, Audi Gymkhana, Rally dan e-sukan.
Rentetan daripada kontroversi penganjuran sukan permotoran yang membawa maut berlangsung di Pekan, Pahang baru-baru ini membabitkan penganjur yang sama menerusi rekod kurang baik melibatkan empatkematian dalam penganjuran terdahulu.
Kejohanan moto- drag kebangsaan yang diadakan di Pekan, Pahang tempoh hari tidak mendapat pengiktirafan MAM.
"Kami meletakkan sasaran untuk semua kejohanan permotoran perlu mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan," kata Mokhzani menerusi Nadi Arena.
Must-Watch Video