Skip to main content

Sukan Lain

MOA cadang kumpul bekas olimpian negara

karu.jpg
Presiden Persatuan Bekas Olimpian Malaysia (MOA), Karu Selvaratnam, mahu memulakan langkah pertama badan induk itu dengan mengumpul kesemua bekas olimpian negara dalam membantu memantapkan lagi sukan Malaysia.

Karu mengakui tidak banyak yang boleh dilakukan oleh persatuan itu dalam tempoh dua tahun pertama sejak ditubuhkan pada 2017 akibat kekangan kewangan.

Kini, MOA mengorak langkah baru untuk bekerjasama dengan bekas olimpian bagi terus menabur bakti kepada negara melalui bimbingan kepada barisan atlet muda selain memberi motivasi dan latihan.

Justeru, bekas wakil pelari pecut negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 1964 itu mempunyai hasrat untuk membantu persatuan sukan kebangsaan untuk mencungkil bakat pelapis atlet di setiap negeri.

"Apa yang penting, kami mahu tingkatkan pengumpulan data kerana kini kami tiada sebarang hubungan dengan atlet dari Sabah contohnya. Jadi, ia keutamaan kami," katanya.

"Bekas atlet ada pengalaman dan mereka boleh diberikan kepada persatuan."

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, memaklumkan bahawa badan induk itu telah meluluskan geran di bawah tabung amanah MOM sebanyak RM15,000 bagi membantu MOA.

"Kami telah memberi mereka pejabat yang digunakan tanpa sebarang caj di bangunan MOM. Kami juga meluluskan geran sebanyak RM15,000," ujar Norza.
 

Advertisement

Must Watch Video