Pasukan sekolah, kelab termasuk dari luar negara akan memeriahkan lagi Karnival Ragbi Johor Ke-13 yang berlangsung 3 hingga 5 Oktober depan dengan misi merakyatkan sukan itu.
Ia juga seiring dengan langkah mempertandingkan kategori perempuan berumur 16 tahun dalam Sukan Malaysia (Sukma) selain Stadium Ragbi Johor yang menjadi lokasi strategi.
"Penambahan pasukan disebabkan kemudahan oleh Perbadanan Stadium Johor untuk karnival dianjurkan dari pagi sampai malam.
"Kami juga beri kesempatan kepada pemain remaja untuk pengalaman beraksi malam," kata Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Johor, Mohd Norfazreim Imran, di Nadi Weekend sebentar tadi.
Timbalannya, Lee Nyuk Fah, tampil mengukuhkan kenyataan itu dengan menjelaskan, "Sempena Tahun Melawat Johor 2026, kami mahu menjadikan ragbi sebagai utama di Negeri Johor."
Dalam masa sama, sukan itu terus rancak di negeri itu menerusi penganjuran Kejohanan Ragbi 7's Johor yang bermula Jumaat depan.
36 pencabar yang terdiri daripada 20 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita termasuk penampilan skuad Bunga Raya 7's wanita selain empat negara luar, indonesia, thailand, Singapura dan Brunei turut mengesahkan penyertaan.
"7's merupakan satu permainan yang orang kebanyakkan boleh mainkan berbanding 15's yang memerlukan saiz.
"Mungkin pemain juga berpeluang jumpa legenda All Blacks, Sonny Bill Williams," tambah Norfazreim.
Malah, Nyuk Fah selaku bekas pengendali kebangsaan berkata Ragbi 7's Johor akan menjadi platform untuk pasukan menguji persiapan masing-masing menuju kejohanan seperti Sukma 2026 dan Kejohanan 7's Kebangsaan bulan depan, termasuk Asia Seven Series.