Bekas kapten hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, memuji kelab Liga Hoki Malaysia (LHM) yang sedia memberi kerjasama melepaskan pemain menyertai kem latihan kebangsaan untuk menghadapi Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia.
Kerjasama kelab liga memudahkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membuat keputusan menerima tawaran beraksi di Dhaka, bermula 4 Mac depan.
Ia petanda ahli gabungan KHM mengutamakan kepentingan negara sekalipun perebutan takhta liga hanya berbaki enam perlawanan lagi.
"Mereka sebenarnya mengutamakan pasukan kebangsaan apabila bersetuju untuk melepaskan pemain-pemain negara ketika liga berlangsung.
"Bagi saya, itu adalah satu mesej yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan ini di mana kepentingan pasukan negara diutamakan. Syabas kepada mereka," katanya.
Pemain negara diminta menyertai kem latihan kebangsaan kendalian Stephen van Huizen setiap Isnin dan Selasa.
Mereka mempunyai tempoh tiga minggu untuk membuat persiapan sebelum berlepas ke Dhaka, 28 Februari ini.
Dua pasukan terbaik di Dhaka akan layak secara automatik ke separuh akhir Liga Hoki Dunia yang juga medan kelayakan terakhir untuk beraksi dalam Piala Dunia 2018.
Kerjasama kelab liga hoki Malaysia membuktikan bahawa tiada yang lebih penting berbanding tugasan negara kerana kejayaan sesebuah sukan itu diukur berdasarkan prestasi di peringkat antarabangsa.
Malaysia berada dalam Kumpulan A yang terdiri daripada Oman, Fiji dan Bangladesh.