Nur Suryani Taibi meraih pingat gangsa dalam saingan 50 meter rifle tiga posisi wanita apabila merakamkan 436.6 mata keseluruhan di Lapang Sasar Menembak Nasional Subang, hari ini.
Namun, pujian wajar diberikan juga buat Nur Suryani kerana berjaya meningkatkan jumlah mata walaupun buat seketika berada di luar kedudukan tiga teratas.
"Saya telah berjuang habis-habisan, itu sahaja yang mampu saya berikan kepada Malaysia.
"Saya mengalami masalah teknikal dengan senjata dalam acara prone, sedikit pengubahsuaian dilakukan sebelum saya berjaya menyesuaikan diri sebelum meraih gangsa," katanya.
Nur Suryani mengakui saingan menembak dalam Sukan SEA kini lebih mencabar dengan pembabitan beberapa atlet yang turut beraksi dalam Sukan Olimpik 2016.
"Dalam saingan menembak, apa-apa sahaja boleh berlaku.
"Ramai atlet yang telah meraih kejayaan di pentas Olimpik dan Piala Dunia juga menyertai Sukan SEA, ia lebih sengit berbanding kejohanan yang lain."
Juara milik atlet Singapura, Jasmine Ser Xiang Wei, yang mengutip 451.2 mata dan perak dimenangi Ratchardaporn Plaengsaengthong dari Thailand (449.3 mata).
Sementara itu, penembak negara berusia 47 tahun, Yeoh Cheng Han, melakar pingat perak acara trap lelaki.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.