Skip to main content

Sukan SEA

Menembak: Alia akui tertekan beraksi di laman sendiri

alia-sazana-azahari-220817.jpg
Penembak negara, Alia Sazana Azahari, mengakui kejayaan mempertahankan pingat emas di tanah air lebih manis berbanding kejayaan kali pertamanya memenangi emas pada edisi Singapura 2015 selepas berjaya mengungguli acara 25 meter pistol wanita, hari ini.

Dalam aksi final, Alia mengetepikan tentangan sengit dua penembak Singapura untuk meraih emas menerusi 31 mata yang juga rekod  Sukan SEA.

Kejayaan Alia turut dikongsi ibunya, Saydah Salleh, yang membuat kejutan hadir dari Kuala Terengganu buat kali pertama untuk menyaksikan anaknya beraksi.

"Bukan mudah untuk mempertahankan kejuaraan di sini, sebelum ini saya boleh menang dengan selesa,” kata Alia.

"Tetapi kali ini perbezaan mata dalam kalangan peserta sangat tipis dalam setiap pusingan.”

Sementara itu, perbezaan 1.7 mata memaksa Johnathan Wong berpuas hati dengan pingat perak acara 50m pistol yang dimenangi oleh Natphanlert Auapinyakul dari Thailand.

Namun, lebih mengejutkan apabila pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam, muncul perserta pertama terkeluar dalam saingan final.

"Saya mengharapkan dapat memenangi emas kerana beraksi di Malaysia,” kata Johnathan.

"Saya sudah mencuba, cuma saya berasa tidak berapa gembira dengan pencapaian ini.”

Sementara itu, hasrat skuad menembak menambah satu lagi pingat tidak kesampaian apabila Ezuan Nasir Khan tersingkir awal dalam aksi final 10 meter air rifle.

"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak berjaya pada kali ini," katanya.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video