Jurulatih memanah para negara, Marzuki Zakaria, tetap melihat pencapaian dua pingat gangsa pada hari pertama saingan acara itu dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 sebagai permulaan positif walaupun terpaksa menunggu lebih lama untuk melengkapkan buruan dua emas seperti yang disasarkan.
Skuad negara meletakkan sasaran untuk memperbaiki pencapaian satu emas dan satu gangsa di Singapura dua tahun lalu.
Marzuki menyasarkan satu emas mampu diraih dalam acara recurve individu lelaki, namun terpaksa berpuas hati dengan gangsa menerusi Hasihin Sanawi.
Sementara itu, bonus buat Malaysia apabila L. Ananthy turut memperoleh gangsa dalam saingan wanita, pingat sulung negara bagi saingan berkenaan.
"Atlet wanita kita yang masih baru telah meraih gangsa.
"Ini satu permulaan yang baru untuk kita meneruskannya dalam kejohanan-kejohanan akan datang," ujar Marzuki.
Cabaran seterusnya buat skuad negara ialah dalam saingan compound individu lelaki dan wanita esok, disusuli aksi berpasukan campuran recurve serta compound, sehari kemudian.
Taruhan utama sudah pasti kepada Yuhaizam Yahya bagi mempertahankan emas compound individu lelaki.
Mengakui tekanan sedikit dirasai pemanah negara untuk beraksi di laman sendiri, Marzuki berharap mereka akan terus fokus untuk memastikan impian memburu emas tercapai.
"Kejohanan memanah adalah pertandingan yang terbuka.
"Apa yang perlu dilakukan atlet ialah mengawal emosi semasa di kawasan membidik.
"Sekiranya tidak, maka dari situlah datangnya gemuruh dan takut."