Pemanah recurve negara, Nur Afisa Abd Halil, menyifatkan kemenangan pingat emas dalam acara berpasukan recurve wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 merupakan satu kejayaan yang tidak diduga.
Trio memanah wanita negara yang dibarisi oleh Nur Afisa Abd Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha mara ke final selepas membuat kejutan menewaskan juara bertahan, Vietnam 6-2.
Mereka sekali lagi mempamerkan aksi yang mantap ketika berdepan Indonesia dalam final dengan meraih kemenangan 5-1.
Ini merupakan kejayaan bersejarah buat trio wanita yang menamatkan kemarau 12 tahun untuk kembali dikalungkan pingat emas sejak kali terakhir di Manila 2005.
Afisa tidak meletakkan harapan untuk mencipta kejayaan, malah menganggapnya sebagai rezeki beraksi di laman sendiri.
"Jujur, kami tidak menyangka kami akan menang emas kerana hanya menyasarkan untuk ke final, selebihnya berserah kepada Allah," kata Afisa.
"Terima kasih kepada jurulatih yang tidak mudah berputus asa dengan kami dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi dorongan.
"Terutama kepada keluarga yang tidak pernah kecewa dan tidak pernah lekang untuk memberi sokongan, begitu rakyat Malaysia."