Skip to main content

Bola Keranjang

Marks yakin Harden akan serasi bersama Irving, Durant

jamesharden.png
Pengurus Brooklyn Nets, Sean Marks, yakin Kevin Durant, Kyrie Irving dan James Harden akan mendapat keserasian bagi mencapai sasaran yang sama.

The Nets mengesahkan semalam mereka telah mendapatkan khidmat All-Star lapan kali, Harden dari Houston Rockets.

Persoalannya sekarang adalah sama ada Durant, Harden dan Irving dapat bekerjasama bersama, tetapi Marks kekal yakin.

"Mereka akan memberikan jawapan utnuk kami. Mereka dapat melihat keserasian mampu terjalin," katanya.

"Saya percaya mereka telah mengharungi karier yang berbeza dan kini akan bersatu untuk mencapai sasaran yang sama bersama pasukan.

"Kami mahu memastikan kekal hingga penghujung saingan. Saya berasakan apabila memiliki barisan pemain yang sedia berkorban, bermain dengan baik dan bersama atas gelangang. Saya berasakan mereka sudah memiliki persefahaman yang akan membantu pasukan."
 
 

Advertisement

Must Watch Video