Skip to main content

Advertisement

Sukan

Manja tapi power! Kucing saya ‘Co-Anchor’ lepas siaran.

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lily.jpg
Kerjaya sebagai penyampai berita sukan ini memang fun habis!

Tetapi sebenarnya sangat mencabar, banyak perkara yang perlu dikorbankan lebih-lebih lagi masa bersama yang tersayang, namun bagi saya jika bijak menguruskan masa, ia tak sepatutnya menjadi masalah. 

Walaupun setiap hari ada sahaja benda baharu, perlawanan yang berlangsung mesti kena 'keep up to date', analisis, skrip, waktu bekerja tidak menentu dan sebagainya mesti la stres. Jadi, bagaimana saya tangani situasi sebegini, sekali gus menjaga kesihatan mental? 

Salah satu langkah, juga terapi untuk diri saya semestinya keberadaan dua ekor kucing saya Akiyo dan Zoey!

Saya bagi tips sebagai mak kucing setelah hampir empat tahun ini, pergerakan dan kehadiran mereka sangat menenangkan. Percaya atau tidak, ia boleh bantu meredakan tekanan darah dan memberi rasa selesa. 

Selain itu interaksi fizikal yang sangat menenangkan, bila kita belai atau peluk kucing, tubuh akan menghasilkan hormon oxytocin -- hormon kasih sayang yang membantu mengurangkan rasa cemas dan sedih. 

Yang paling penting mereka hadir tanpa drama! Dan selalu buat saya ketawa dengan kecomelan dan gelagat mereka yang mendatangkan gelabah sahaja. 

Pendek cerita, kucing ini macam terapi kecil yang hadir dalam bentuk berbulu dan comel sangat! Gang-gang yang belum bela, ini adalah sign untuk anda adopt - kehadiran mereka cukup untuk meredakan tekanan harian.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video