Skip to main content

Sukan Lain

Makwala layak ke separuh akhir 200m selepas larian solo

isaacmakwala-cropped_1n3nqv1uhe0lt1qacz9w6mqrj5.jpg
Isaac Makwala melupakan tempoh 48 jam yang sukar dengan melayakan diri ke separuh akhir acara 200 meter Kejohanan Dunia IAAF menerusi ujian masa selepas disahkan sebagai cergas oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Berlari berseorangan di Stadium London, Makwala -- pelari terpantas bagi acara itu tahun ini selepas melakar  19.77 saat di Madrid, Julai lalu -- mencatat masa 20.20s, sekaligus melepasi masa kelayaka,20.53s.

Dia turut mempamerkan keyakinan terhadap kecergasannya dengan meraikan kejayaan mara ke separuh akhir dengan melakukan beberapa tekan tubi.

Makwala sebelum ini telah disingkirkan IAAF daripada menyertai acara saringan 200m dan final 400m selepas dia menunjukkan simptom hampir sama dengan wabak gastroenteritis yang melanda beberapa atlet di hotel penginapan.

Kesihatan Awam England mengenakan tempoh pengasingan selama 48 jam terhadap Makwala sebelum dia diberi peluang untuk berlumba selepas mendapat permintaan daripada Persatuan Olahraga Botswana.

Makwala dijangka menjadi pencabar utama terhadap Wayde van Nieker yang berharap menjadi atlet kedua untuk menjuarai acara 200 dan 400m dalam satu kejohanan sama, dengan Michael Johnson merupakan atlet tunggal yang berjaya melakukannya.

Advertisement

Must Watch Video