Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Kumaresan yakin kemampuan pelumba tempatan

m-kumaresan_1.jpg
Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 menjanjikan satu cabaran sengit dengan melibatkan 10 peringkat selepas majlis pelancaran perlumbaan itu di Putrajaya, hari ini. 

Malaysia mempunyai empat wakil dalam saingan kali ini, iaitu Terengganu Cycling Team (TSG), Team Sapura Cycling (TSC), Forca Amskins Factory dan skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, M. Kumaresan, sudah pasti dia mengharapkan pelumba tempatan menyerlah dalam edisi kali ini yang melibatkan jarah sejauh 1537.2km, bermula dari Kangar  pada 16 Mac dan berakhir di Kuala Lumpur (25 Mac). 

" Ini satu cabaran yang hebat kerana LTdL bukanlah perlumbaan yang boleh dipandang mudah. Ia merupakan pertandingan dan perlumbaan jelajah yang hebat.

"Saya menggalas tugas ini kerana ia sesuatu yang memberi cabaran kepada saya serta perkara yang saya minati. Saya akan cuba sedaya upaya," ujarnya dalam majlis yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Bagaimanapun, bekas jaguh negara itu melihat keempat-empat pasukan tempatan mampu memberikan cabaran hebat sama ada merebut kedudukan podium ataupun jersi perlumbaan. 

"Sudah pasti kita mahu melihat pelumba Malaysia naik ke podium, kalau bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang," tambahnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video