Ketua Pegawai Eksekutif Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018, M. Kumaresan, menjangkakan sebanyak 22 pasukan akan menyertai saingan tahun ini dengan empat daripadanya
merupakan pasukan Pro Jelajah.
Setakat ini, dua pasukan berstatus itu, Astana Pro Team dan Bahrain Merida Pro Cycling Team, sudah mengesahkan penyertaan.
Bagi wakil tempatan pula, empat pasukan bakal membawa cabaran, iaitu Terengganu Cycling Team (TSG), Team Sapura Cycling (TSC), Forca Amskins Racing (FAR) dan juga skuad
lebuh raya kebangsaan.
Menurut Kumaresan, perbincangan bersama beberapa lagi pasukan sedang berjalan dan senarai penuh akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
"Terdapat dua pasukan Pro Jejalah yang menyertai saingan LTdL kali ini. Kami masih menjemput beberapa lagi pasukan dari rantau Asia untuk menyertai saingan ini," kata Kumaresan.