F1
Litar Madrid venue terbaharu kalendar F1 2026
Kalendar perlumbaan Formula 1 bagi tahun 2026 nampaknya akan mengalami perbezaan apabila penganjuranya menyaksikan Sepanyol akan menjadi tuan rumah dua kali.
Menerusi pengumuman yang dibuat oleh F1 dan FIA pada Selasa, keputusan itu dibuat rentetan daripada penggunaan litar baharu yang bakal membuat penampilan pertamanya iaitu Litar Madrid yang siap untuk digunakan bagi perlumbaan berprestij itu.
Perlumbaan di Litar Madrid dijadual akan dilangsungkan pada 13 September manakala pusingan perlumbaan di Litar Imola akan dikeluarkan daripada 24 pusingan perlumbaan dalam kalendar terbaharu.
Iklan
Sementara pusingan perlumbaan di Barcelona pula akan diadakan lebih awal iaitu pada 14 Jun 2026.
Litar Madrid yang menjadi mercu tanda baharu Grand Prix Sepanyol itu memiliki jarak sejauh 5.47 kilometer yang bakal menyaksikan semua pelumba akan mengharungi saingan sebanyak 57 pusingan.
Cabaran yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya apabila kesemua mereka perlu memastikan momentum henjutan terbaik yang ada untuk mengatasi kesukaran 22 selekoh yang siap sedia menantikan deruman enjin pasukan yang bakal berentap nanti.
Must-Watch Video