Skip to main content

Hoki

Lima gol Nuraini bantu TLHT jinakkan SSTMI

23217tlht.jpg
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk menundukkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 6-0 dalam aksi TNB Liga Hoki Wanita Malaysia di Kuala Terengganu, petang tadi.

Tuan rumah bermula garang menyaksikan pukulan Fatin Naimah Zaki pada minit kesembilan ditepis penjaga gol SSTMI, Aina Nadiah Fadzil.

Aina Nadiah terus cemerlang menggagalkan dua percubaan jarak dekat Siti Rahmah Othman (m-12) dan Wan Norfaiezah Md Saiuti (m-13).

Gol pertama TLHT hadir pada minit ke-14 selepas gerakan yang dimulakan Norazlin Sumantri berjaya disudahkan Wan Norfaiezah.

Bersambung suku kedua, Nuraini Abdul Rashid terus melebarkan kedudukan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-21 dan 25.

Seminit selepas itu, Nuraini bijak menyambung hantaran Siti Rahmah sebelum menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-28, juga menerusi gol padang.

Pakar pukulan sudut penalti negara itu menjaringkan gol keenam tuan rumah, jaringannya yang ke-11 dalam saingan liga musim ini, selepas membuat pukulan kencang pada minit ke-52.

Kedudukan 6-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan TLHT terus unggul di tangga teratas dengan 19 mata daripada tujuh perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video