Skip to main content

Hoki

Liga Profesional FIH: Penyertaan Malaysia ditentukan dalam masa terdekat

p-shamala.jpg
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak terburu-buru untuk menyertai Liga Profesional Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) kerana kos menyertai kejohanan itu mencecah hampir RM1 juta.

KHM akan bersidang dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada menyertai liga itu atau tidak selepas India mengambil keputusan menarik diri. 

Timbalan Presiden KHM, Prof Dr S Shamala, berkata pihaknya perlu membuat keputusan tepat kerana penampilan dalam kejohanan bermula pada 2019 itu akan menelan kos tinggi walaupun menawarkan tiket kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 dan Piala Dunia 2022.

"Banyak faktor perlu dipertimbangkan, terutama daripada segi jadual persiapan ke Sukan Olimpik.

"Perbincangan dengan jurulatih dan pasukan kebangsaan perlu dipandang serius, terutama Liga Profesional yang memerlukan bajet yang besar sekiranya mahu menyertainya," katanya.

Malaysia adalah antara 12 negara yang membida menyertai Liga Profesional FIH.

Bagaimanapun, FIH pada bulan lalu mengumumkan sembilan negara berjaya sementara Malaysia, Ireland dan Sepanyol gagal menyertainya.

Begitupun, India mengambil keputusan menarik diri pada bulan lalu, sekali gus bermakna FIH akan mencari pasukan pengganti dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Liga Profesional FIH (Januari-Jun 2019) - Lelaki

1. Argentina
2. Australia
3. Belgium
4. England
5. Jerman 
6. Belanda
7. New Zealand
8. Pakistan
9. akan diumumkan 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video