Skip to main content

Hoki

LHM:KLHC terus kejar THT

klhcfcf1c30a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia, Terengganu Hockey Team (THT) apabila mencatat kemenangan 4-0 ke atas Maybank, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan KLHC kini kekal menduduki tempat kedua liga di belakang THT dengan berkongsi 26 mata, hanya dibezakan menerusi perbezaan gol.

Ketua jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al Rashid Samri, berkata beliau sememangnya berharap barisan pemainnya dapat meraih lebih banyak gol hari ini.

"Fokus utama adalah untuk meraih sebanyak mungkin gol tetapi barisan pemain saya hanya dapat menjaringkan empat gol.

"Kami mahu meraih banyak gol kerana mahu terus bersaing dengan THT yang nampaknya mempunyai perbezaan jaringan yang besar.

"Apapun, saya tetap gembira dengan keputusan hari ini. Masih ada empat lagi perlawanan dan kami akan terus berusaha untuk mengatasi THT," katanya.

KLHC di depan pada minit ke-17 menerusi jaringan padang tonggak import, Anton Poul Fritz Ebeling, sebelum pemain kebangsaan, Nabil Fiqri Mohd Noor, menambah gol kedua, juga menerusi jaringan padang minit ke-38.

Pemain import Pakistan, Muhammad Umar Bhutta, terus mengukuhkan kedudukan KLHC dengan menyumbang gol ketiga hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-42.

Muhammad Rashid Baharom mengesahkan kemenangan KLHC dengan gol keempat menerusi jaringan padang dua minit sebelum tamat perlawanan.

Di Stadium Tun Razak, THT nyata berada di kelas berbeza apabila membelasah UiTM-KPT, 12-2.

 

Advertisement

Must Watch Video