TNB 2 UniKL 4
UniKL cemerlang untuk memastikan kedudukan di puncak Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 selepas menundukkan TNB 4-2 di Stadium Hoki Tun Razak, sebentar tadi.
TNB turun dengan misi untuk merampas kedudukan teratas daripada UniKL dan usaha itu tampak sukar sebaik lawan terlebih dahulu menyumbat gol pembukaan pada minit ke-10 menerusi Izwan Firdaus.
Bagaimanapun, TNB menyamakan kedudukan hasil jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.
TNB terus garang apabila Nor Syafiq Sumantri pula menjadikan kedudukan 2-1 sebelum UniKL kembali bernafsu dengan gol daripada Razie Rahim dan Kieran Govers.
Belum sempat TNB membalas, UniKL terus merobek gawang mereka dan kali ini menerusi Ashran Hamsani untuk melengkapkan kemenangan 4-2 ke atas TNB.
"Ia kemenangan yang sukar. TNB berusaha keras dan agresif, terutama dalam dua suku pertama.
"Mereka beraksi dengan pantas dan sebab itulah kami terperangkap dan saya memuji barisan pemain UniKL kerana mereka tahu bagaimana untuk menang," kata pengendali UniKL, Arul Selvaraj.
Tambah jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin: "Apa yang membezakan kami adalah jaringan.
"UniKL memiliki pemain berpengalaman yang mampu membuat sentuhan penyudah."
Keputusan lain:
NUR INSAFI 3 TERENGGANU HOCKEY TEAM (THT) 5
MAYBANK 2 TNB THUNDERBOLTS 1