Tenaga Nasional Berhad (TNB) menepati ramalan apabila menewaskan TNB Thunderbolts 3-1 untuk mengekalkan penguasaan dalam saingan perdana Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini
Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu kini mengumpul sembilan mata selepas turut menewaskan dua pasukan pilihan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-2 dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-2.
Dan walaupun membenam Thunderbolts malam ini, Nor Saiful tetap kurang berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya.
"Saya lihat mereka tidak bermain seperti dua perlawanan sebelum ini. Mungkin ia disebabkan Thunderbolts adalah lawan yang selalu kami temui dalam sesi latihan.
"Tetapi itu bukanlah alasan untuk barisan pemain saya mempamer aksi kurang mantap hari ini," katanya.
Bagaimanapun, jelas Nor Saiful, perkara yang lebih penting adalah anak buahnya terus meraih tiga mata penuh.
"Tiga mata dalam setiap perlawanan amat penting. Tetapi harus diakui pasukan lawan juga beraksi dengan baik, terutama di bahagian pertahanan mereka, yang sering menafikan pukulan sudut penalti kami.
"Apapun, kami harus meneruskan rentak cemerlang ini dalam perlawanan seterusnya bertemu THT (Pasukan Hoki Terengganu)," katanya lagi.
Norshafiq Sumantri meletakkan TNB di depan menerusi jaringan padang pada minit ke-11 sebelum Muhammad Hazzim Amin Hafidz menyamakan kedudukan hasil gol padang pada minit ke-19.
Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan kembali membawa TNB di depan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-21 dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal mengesahkan kemenangan TNB hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-60.
Sementara itu, di Stadium Hoki Kuala Lumpur, juara bertahan, KLHC, mensia-siakan peluang terbaik untuk melakar kemenangan pertama liga apabila sekadar seri 3-3 bertemu UniKL.
KLHC di bawah bimbingan Lim Chiow Chuan selesa mendahului 3-0 sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi gol padang tonggak import Joshua Pollard (m-23), Mohd Syamim Mohd Yusof (m-27) dan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim (m-28).
Bagaimanapun, mereka gagal mempertahankan kedudukan itu selepas UniKL berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Glenn Stewarts Tunner (m-45), Muhammad Marhan Mohd Jalil (m-54) dan pukulan sudut penalti Jeroen Dolf Hertzberger (m-55).
Selepas tiga perlawanan, KLHC sekadar mengutip dua mata.
Keputusan hari ini:
KLHC 3 UniKL 3
TNB Thunderbolts 1 TNB 3
Maybank 1 THT 5