Pertahanan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syed Mohd Syafiq Syed Cholan, berdepan cabaran untuk mengekalkan rentak jaringan apabila berdepan TNB Thunderbolts petang ini selepas dia muncul penjaring terbanyak pasukan selepas dua perlawanan.
"Pencapaian menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, iaitu ketika menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), bukan sesuatu yang mudah.
"Ia tanggungjawab yang besar kerana bukan tugas mudah sebagai pemain pertahanan untuk mengambil pukulan sudut penalti selain Shahril Saabah.
"Untuk terus konsisten menghasilkan gol, saya perlu banyak mengkaji video dan giat berlatih," katanya menjelang aksi di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil.
Thunderbolts yang dibarisi pemain tempatan dianggap pasukan 'pelapis' kepada TNB tetapi faktor itu bukanlah ukuran dalam pertembungan itu nanti.
"Kami telah mengadakan perbincangan pasukan tentang cara untuk mengatasi Thunderbolts.
"Ia satu cabaran bagi saya dan Shahril sebagai pakar pukulan sudut penalti.
"Pastinya 100 peratus kami yakin akan meraih kemenangan. Namun, kami tidak menganggap mereka sebuah pasukan lemah kerana mereka mampu menyaingi mana-mana pasukan," ujarnya lagi.
Jadual hari ini:
KLHC lawan UniKL
TNB Thunderbolts lawan TNB
Maybank lawan Terengganu Hockey Team (THT)