Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) meraih kemenangan bergaya 8-0 ke atas Penang Juniors dalam Liga Hoki Wanita di Kuala Terengganu, petang ini.
Juara bertahan itu mendahului seawal minit kelapan hasil jaringan Norfatin Nabila Mohamad yang menyambar pukulan sudut penalti Juliani Muhamad Din.
TLHT terus menjarakkan kelebihan gol menerusi jaringan padang Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail pada minit ke-10 dan minit ke-13 untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Peluang terbaik Penang Juniors hanya hadir dalam suku kedua pada minit ke-20, namun percubaan Nurmaizatul Hanim Syafi digagalkan penjaga gol tuan rumah, Nur Asma’a Ahmad Kamil.
Kurang seminit sebelum rehat, TLHT memperoleh jaringan keempat, kali ini menerusi jaringan padang Nur Aisyah Hashim.
Tuan rumah semakin bernafsu apabila Zahratul Farhana Sofea Md Roslan (m-35) dan Nurul Najah Farhani Abd Rashid (m-54) meletakkan TLHT mendahului enam gol.
Pemain kebangsaan, Norazlin Sumantri, melengkapkan derita pelawat dengan dua gol padang buat TLHT pada minit ke-55 dan minit ke-57, sekaligus memberikan tiga mata berharga pasukannya.
Selepas empat perlawanan, skuad bimbingan Muhammad Harun Al-Rashid itu mengumpul 10 mata sambil memberi kredit kepada persembahan yang ditampilkan pemain-pemainnya.
Bekas jurulatih Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) itu berkata TLHT membuktikan kemampuan tidak bergantung hanya kepada seorang penjaring gol selain mengelak daripada dibolosi dalam tiga perlawanan.
“Semua pemain boleh menjaringkan gol dan saya cukup gembira kerana ia menaikkan semangat pasukan.
“Prestasi barisan pertahanan juga sangat baik walaupun ada beberapa ketika kami agak cuai ketika membuat dan menerima hantaran,” jelasnya.