Pengendali Terengganu Hockey Team (THT), Sarjit Singh, terkilan anak buahnya tidak memanfaatkan peluang untuk meraih tiga mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM), semalam.
THT hadir dengan reputasi sebagai pendahulu liga sebelum turun menentang TNB.
Bagaimanapun, THT tampak bergelut mencari gol apabila S. Kumar cemerlang menafikan beberapa percubaan daripada anak buah Sarjit Singh.
"Kami berpeluang untuk memenangi perlawanan ini.
"Begitu pun, kami harus memberi pujian kepada TNB yang mempamerkan corak persembahan yang mantap dan bertahan dengan cukup baik.
"Kumar (penjaga gol) juga tangkas menidakkan beberapa asakan.
"Peluang yang dicipta sepatutnya memberi kemenangan kepada kami dan apabila anda gagal mengambil kesempatan di dalam kawasan 'D', anda tidak akan memenangi perlawanan," kata jurulatih THT itu.
Apa pun, Muhammad Amin Rahim gembira anak buahnya mampu mengekang asakan dan tekanan lawan meskipun tidak banyak mencipta peluang.
TNB hanya mampu meraih dua pukulan sudut penalti dan salah satu daripadanya berjaya menghasilkan gol menerusi Ramadan Rosli untuk mengikat THT 1-1.
"Tahniah kepada pemain-pemain yang menunjukkan satu permainan yang sangat baik walaupun saya berasakan masih ada kebolehan yang boleh ditonjolkan.
"Tetapi usaha yang mereka lakukan memadai untuk mengutip satu mata ketika menentang THT," ujar Amin.