Pasukan Hoki Terengganu (THT) mahu memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk merampas Piala Sumbangsih daripada juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan pertama Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, esok.
Baik THT mahupun KLHC, kedua-dua skuad pastinya meletakkan sasaran menjulang piala itu, namun keinginan untuk menang dilihat memihak kepada THT selepas gagal mempertahankan Piala Tan Sri P. Alagendra apabila tewas di tangan lawan sama, minggu lalu.
Justeru, ketua jurulatih THT, Sarjit Singh, berharap barisan pemainnya tidak mensia-siakan peluang beraksi di Kuala Terengganu.
"Jika diperhatikan kepada sambutan penyokong di Terengganu, ia sangat memberangsangkan apabila ramai hadir ke stadium.
"Sejak empat tahun lalu, saya rasa kehadiran penyokong di stadium ini adalah yang paling tinggi. Jadi, kami tidak boleh sekali lagi mengecewakan penyokong yang hadir ke stadium.
"Harap-harap kami dapat memenangi Piala Sumbangsih kali ini," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih KLHC, Lim Chiow Chuan, mahu skuadnya melupakan seketika kejayaan memenangi Piala Alagendra dan fokus kepada perlawanan esok yang juga aksi pembuka tirai LHM.
"Saya jangkakan akan berlaku satu lagi perlawanan yang sengit. Kejayaan memenangi Piala Alagendra sudah menjadi sejarah.
"Jadi, sekarang fokus utama setiap pemain seharusnya kepada perlawanan pertama liga yang juga untuk merebut Piala Sumbangsih.
"Memang perlawanan ini menawarkan satu piala tetapi kami lebih berminat untuk meraih tiga mata pertama kerana setiap pungutan mata dalam liga sangat penting.
"Kami perlu memperbaiki beberapa kelemahan, terutama di bahagian pertahanan, dalam usaha mengekang asakan THT," ujarnya.