Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Sarjit Singh, berharap skuad kendaliannya memperkemaskan barisan pertahanan dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) bertemu Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Sambil mengakui saingan LHM 2018 semakin sengit, Sarjit juga tidak mahu pemain-pemainnya memandang mudah cabaran Maybank yang menduduki tangga tercorot liga ketika ini.
Menurutnya, dua perlawanan pertama dilalui THT yang menyaksikan mereka dibolosi empat gol membuktikan setiap perlawanan adalah sukar.
“THT mengamalkan corak permainan menyerang yang menyebabkan kami terdedah kepada serangan balas lawan.
“Kawalan ke atas pemain mereka masih longgar dan pemain-pemain perlu lebih bersedia menghadapi situasi itu,” ujarnya.
Selepas memungut empat mata, THT sudah pasti mengimpikan kemenangan kedua dalam aksi di Stadium Hoki Nasional untuk meneruskan tekanan ke atas pendahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB akan bertemu pasukan adik, TNB Thunderbolts, manakala satu lagi perlawanan menemukan UniKL dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).