Skip to main content

Sukan Lain

LHM: KLHC ulangi kejayaan ke atas THT

klhc.jpg
Kejayaan berganda buat Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih dengan menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) 5-4 menerusi penentuan penalti selepas keputusan masa penuh berakhir 2-2 di Kuala Terengganu, hari ini.

Pada awalnya, kemenangan dijangka memihak THT yang mahu mengubat duka dalam final Piala Tan Sri P. Alagendra, apatah lagi ia berlangsung di Stadium Batu Buruk, Kuala Terengganu. 

Begitupun, KLHC terlebih dahulu menemui sentuhan penyudah menerui pemain import, Jang Jong-Hyun sebaik suku kedua dibuka sebelum Hafizzudin Zaidi memastikan KLHC melangkah ke separuh masa kedua dengan kelebihan dua gol. 

Kebangkitan akhirnya dijelmakan THT apabila tonggak di bahagian serangan, Faizal Saari, merapatkan jurang menerusi pukulan sudu tpenalti dalam suku ketiga sebelum Gonzalo Peillat menyamakan kedudukan pada minit ke-58 untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dalam aksi pembukaan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini. 

Namun, melangkah ke penentuan penalti, Faizal gagal menyempurnakan tugasan pertama buat THT, sekaligus mengulangi kesilapannya minggu lalu. 

Dalam masa sama, KLHC cemerlang dalam kelima-lima percubaan untuk mengesahkan kemenangan buat tahun kedua berturut-turut. 

 

Advertisement

Must Watch Video