Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menghormati Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemusnah gergasi apabila bakal berentap dalam aksi kedua Liga Hoki Malaysia (LHM) dalam saingan Liga Perdana esok, dengan ketua pasukan, Sukri Mutalib, mula bimbang dengan keputusan pengadil.
KLHC akan turun selaku pilihan selepas menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) menerusi penentuan penalti semalam dan secara tidak langsung meraih Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut.
Namun, lawan selepas ini, TNB, bukan calang-calang pasukan.
Kehadiran penyerang kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, Firhan Ashaari, Shahril Saabah dan Ramadan Rosli menyaksikan mereka mengejutkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-2 dalam aksi sulung mereka.
"Kami tetap berwaspada dengan pemain TNB. Kami sedar cabaran yang akan diberikan dan kejutan yang mereka lakar ke atas UniKL.
"Kami akan mengambil perhatian tentang perkara itu dan cuba mengatasi mereka menerusi kemampuan kami," kata Sukri.
KLHC perlu berhati-hati apabila lima kad dilayangkan kepada pemain ketika menewaskan THT, terutama pertahanan import, Nicolas Burdgeon, yang mengutip satu kad kuning dan satu kad hijau.
"Burdgeon memberitahu saya, kadang-kadang dia tidak tahu bagaimana untuk melakukan terjahan.
"Adalah biasa pemain melakukan terjahan dengan sedikit keras. Malah, di peringkat antarabangsa, itulah situasinya.
"Saya pun bimbang dalam perlawanan akan datang. Kami akan menghadapi situasi sama seperti Piala Sumbangsih yang menyaksikan tiga hingga empat pemain mengumpul kad kuning mahupun hijau," tambahnya.