Skip to main content

Hoki

LHM: Kebangkitan UniKL raih pujian Arul

uniklvsklhc.jpg
Jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj, memuji semangat juang anak buahnya yang bangkit mengikat juara bertahan Liga Perdana, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), 3-3 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) semalam, sekali gus menjadi petanda positif untuk menjulang trofi sulung mereka. 

"Apabila kami ketinggalan 3-0 dengan pasukan yang kuat dan bangkit, ia menyemarakkan semangat. 

"Pemain tahu mereka boleh mencapai sesuatu," kata Arul.

Semangat tidak mengaku kalah UniKL membuktikan mereka benar-benar mahu menjulang trofi sulung. 

Sejak ditubuhkan pada 2009, The Young Guns tidak pernah mengecap sebarang trofi sungguhpun pihak pengurusan mereka sanggup berbelanja besar. 

Apa yang dipamerkan di Stadium Hoki Kuala Lumpur itu membuktikan mereka serius untuk mencapai misi itu, bulan depan. 

Musim ini, UniKL adalah antara pasukan berbelanja besar dengan mendapatkan enam pemain import berkualiti, antaranya penjaga gol terbaik dunia, David Harte, di samping Glenn Turner, Jeroen Dolf Hertberger dan Kieran Govers. 

"Masih terlalu awal. Saya mengambil pendekatan satu perlawanan ke satu perlawanan. 

"Kalau perjalanan setiap perlawanan itu bagus, kami percaya kami boleh mendapatkan kejuaraan," kata ketua pasukan UniKL, Marhan Abd Jalil. 
 

Advertisement

Must Watch Video