Skip to main content

Hoki

LHM: Jiwa kekal pendirian penganjuran liga lemah

jiwa-mohan-2.jpg
Pemain tengah Nur Insafi, Jiwa Mohan, kekal dengan pendirian bahawa kualiti Liga Hoki Malaysia (LHM) semakin merosot di sebalik dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh Lembaga Disiplin, Konfederasi Hoki Malaysia (LHM) kerana menyuarakan pendapat itu secara terbuka.

Apa yang disuarakan Jiwa akhirnya memakan diri.

Dia dikenakan penggantungan tiga perlawanan selepas mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar mengenai kualiti LHM yang semakin merosot.

Walaupun beberapa pemerhati hoki negara bersetuju dengan kenyataan itu, namun Lembaga Disiplin KHM mendapati ia tidak wajar dilakukan secara terbuka.

"Sesi pendengaran ini berjalan dengan adil dan Lembaga Disiplin KHM telah menjernihkan kekeliruan yang berlaku," kata Jiwa. 

Jiwa dikenakan penggantungan tiga perlawanan sementara jurulatih UniKL, Arul Selvaraj, hanya diberi amaran walaupun melakukan tindakan sama.

"Kami terbuka untuk menerima kritikan dan cadangan yang membina. 

"Bagaimanapun, sila gunakan saluran yang betul.

"Amaran hanya diberikan kepada Arul kerana dia mengakui tindakannya," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KHM, Jagadish Chandra.

Malah, saingan Divisyen 1 dimansuhkan dan secara tidak langsung ia menjejaskan hampir 200 pemain.

Hanya tujuh pasukan mengambil bahagian dalam LHM yang hanya membabitkan tempoh enam minggu.


 

Advertisement

Must Watch Video