HOKI
LHM: Faiz Helmi angkat bendera putih
Kapten skuad Tenaga Nasional Berhad (TNB), Faiz Helmi Jali, mengaku kalah dalam perebutan menjuarai Liga Hoki Malaysia (LHM) selepas pasukannya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), tatkala saingan hanya berbaki tiga perlawanan.
TNB mengharapkan keajaiban berlaku dalam misi merampas takhta liga tatkala UniKL akan menentang lawan daripada kelompok pertengahan selepas ini, iaitu Maybank, TNB Thunderbolt dan Nur Insafi untuk melengkapkan jadual musim ini.
Skuad kendalian Arul Selvaraj itu hanya perlu menang dua baki perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan.
Iklan
"Agak mustahil kerana selepas ini, UniKL akan melalui aksi lebih mudah. Kami akan berdepan TNB Thunderbolt, Maybank dan THT. Kami cuba dan jika ada apa yang terjadi, itu rezeki kami," kata Faiz Helmi.
Sementara itu, penyerang import UniKL dari Australia, Kieran Govers, meraikan kejayaan berganda apabila negara kelahirannya menewaskan Jerman 4-2 dalam Liga Profesional FIH.
"Masih ada tiga perlawanan tetapi kami meletakkan kedudukan kami dalam keadaan terbaik. Kami mahu kekal di puncak liga tetapi aksi seterusnya akan tetap kami fokus," ujar Govers.
Must-Watch Video