Skip to main content

Sukan Lain

Lawan pedang bakal dapat presiden baru

lawan-pedang_1.jpg
Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) bakal mendapat presiden baru selepas 13 tahun apabila Ahmad Farik Abdul Hamid tidak akan mempertahankan jawatan berkenaan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), bulan depan.

MFF menetapkan 24 Februari depan sebagai tarikh pemilihan jawatankuasa baru lalu meredakan kritikan terhadap badan induk itu yang dipimpin individu sama sejak 2013. 

Apa yang menarik, MFF bakal memiliki presiden baru apabila Farik mengumumkan pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut. 

"Kami amat berharap mendapat kerjasama daripada ahli gabungan untuk hadir bagi memenuhi kuorum supaya masalah tidak timbul kelak. 

"Saya berharap pada kali ini, semua ahli gabungan memahami hasrat ini," kata Naib Presiden MFF, Rusni Abu Hassan. 

MFF mengikut jejak langkah Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk menetapkan AGM selepas jawatankuasa sedia ada melebihi tempoh penggal pentadbirannya. 

Ini bermakna cuma tinggal Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang diterajui Datuk Ahmad Ismail masih gagal berbuat demikian. 

Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada minggu lalu sudah mengarahkan ketiga-tiga persatuan itu segera menetapkan tarikh AGM atau mereka boleh dikenakan hukuman penggantungan. 

Advertisement

Must Watch Video