Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Keranjang

LaVine sah alami kecederaan ACL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lavine-out-for-season-with-torn-acl.jpg

Pemain point guard Minnesota Timberwolves, Zach LaVine, akan terlepas baki perlawanan dalam NBA musim ini selepas mengalami kecederaan ACL pada Jumaat.

Juara dua kali Kejohanan Slam Dunk itu mengalami kecederaan tersebut dalam kekalahan 116-108 kepada Detroit Pistons.

Pemeriksaan MRI semalam mendedahkan LaVine mengalami kecederaan ACL di bahagian lutut kiri kakinya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Timberwolves, LaVine perlu menjalani pembedahan serta-merta dan akan terlepas baki musim ini.

LaVine sedang menikmati musim terbaiknya selepas tiga musim dalam NBA dengan purata kutipan 18.9 mata, 3.4 rebound dan 3.0 assist.

 

Advertisement

Must Watch Video