Skip to main content

Hoki

Kumar tidak mahu rakan sepasukan leka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

s-kumar-010717.jpg
Penjaga gol skuad hoki negara, S. Kumar, tidak mahu rakan-rakannya bersenang-lenang walaupun berjaya menampilkan aksi memukau dalam saingan Liga Hoki Dunia di London, baru-baru ini.

Pemain berusia 37 tahun itu berharap agar semua pemain menggunakan tempoh masa yang ada dengan sebaik-baiknya bagi mempersiapkan diri sebelum menghadapi Piala Dunia pada tahun hadapan.

“Saya telah bersama dengan skuad kebangsaan dalam satu tempoh yang lama, jadi ini adalah masa yang tepat untuk semua pemain menggunakan setiap peluang yang ada bagi mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Kumar berjaya meraih anugerah penjaga gol terbaik sewaktu di London, sekaligus membuktikan keputusannya untuk tidak bersara dua tahun lalu adalah tepat walaupun melalui tempoh sukar, terutama selepas kehilangan anak lelakinya akibat jangkitan kuman dalam darah.

"Ketika itu adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong saya ketika itu, memberikan dorongan dan juga tidak pernah membiarkan saya berputus asa,” ujarnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video