Skip to main content

Sukan Lain

KRM tagih kepakaran dari New Zealand

ragbi1.png
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mungkin mencari pengganti Edwin Cocker selaku penasihat teknikal ekoran bekas pemain antarabangsa New Zealand itu sudah mempunyai
komitmen bersama pasukan ragbi wanita Jepun.


Intipati itu antara sebahagian perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini bagi persiapan Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.

Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, menekankan kepakaran tenaga asing masih diperlukan biarpun pihaknya buat masa ini berpuas hati dengan prestasi jurulatih tempatan, Mohd Saizul Hafifi Mohd Noor.

Sudah terdapat beberapa nama dan KRM meluahkan hasrat mereka untuk mendapatkan kepakaran dari New Zealand.

"Kami telah meneliti beberapa nama serta khidmat daripada New Zealand bagi meneruskan pencapaian dalam Sukan SEA," katanya.

Selain itu, Shahrul Zaman gembira dengan sokongan MSN terhadap skuad ragbi wanita walaupun tidak layak menyertai Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Baginya, pembangunan pasukan wanita perlu disokong dan diberikan banyak pendedahan memandangkan mereka baru dua kali tampil dalam saingan Sukan SEA.

"Satu program latihan sepenuh masa diperlukan untuk skuad ragbi wanita serta pendedahan dalam kejohanan yang lebih banyak bagi meningkatkan mutu permainan mereka," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video