Dua pemain Orang Asli suku Temiar, Shasha Azmi dan Zumika Azmi, dipanggil semula menyertai skuad kriket wanita negara bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia T20 Zon Asia di Bangkok, Thailand dari 18-26 Februari ini.
Ini kali pertama Shasha dan Zumika menyertai skuad kebangsaan sejak Julai tahun lalu.
Sebelum ini, mereka pernah membantu Malaysia meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam saingan T20 sebelum pulang ke Gua Musang, Kelantan.
Mereka menyertai saingan Piala Asia di Kinrara Oval pada Julai 2018 tetapi selepas itu terpaksa menunggu di kawasan pedalaman Gua Musang selama lebih tujuh bulan sebelum dipanggil semula untuk membantu skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia T20 2020.
"Kepada mak ayah dan keluarga, semua boleh menonton televisyen menerusi Astro Arena dan kalau boleh, beli tiket untuk menyaksikan perlawanan kami nanti. Diharapkan mak dan ayah mendorong adik-adik menyertai sukan serta mendapat inspirasi daripada kami untuk generasi muda," kata Zumika.
Persatuan Kriket Malaysia (MCA) turut memanggil pemain berusia 14 tahun yang berpangkalan di Australia, Elsa Siow, untuk menghadapi tuan rumah, Thailand, China, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong dan Nepal.
Dua pasukan terbaik akan meneruskan kemaraan memburu tiket ke Piala Dunia.
"Saya gemuruh untuk turun beraksi tetapi bagus kerana mempunyai pasukan yang akan menjaga saya. Saya juga gemuruh berdepan negara lain kerana kebiasaannya hanya menentang pemain di usia saya," ujar Elsa.