"Hadiah hari kemerdekaan." Itu komen kapten pasukan kriket wanita negara, Winifred Anne Duraisingam, selepas mudah meraih pingat gangsa acara T20 Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila menumpaskan Singapura menerusi 52 larian, sembilan overs dengan kelebihan lapan wiket di Kinrara Oval, sebentar tadi.
Keputusan itu sekaligus mengesahkan Malaysia antara pasukan terbaik.
Meskipun gagal ke final, namun kebangkitan yang dipamerkan selepas tewas di tangan Indonesia dalam aksi round robin membuktikan pemain-pemain muda ini -- dengan purata usia 18 tahun -- memiliki masa depan cerah dalam sukan ini.
"Saya sangat gembira kerana segala yang kami rancangkan semalam dapat dilaksanakan hari ini.
"Saya amat berbangga dengan pasukan saya. Kini kami mendapat pingat gangsa dan ini sangat penting," kata Winifred.
Singapura turut memuji pemain negara serta melihat skuad negara sebagai ancaman.
"Ia perlawanan yang baik. Singapura memberikan aksi yang mantap. Malaysia juga cukup berdisiplin dan bermain dengan baik.
"Ia perlawanan yang sengit," ujar kapten Singapura, G.K. Deviya.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.