Aspirasi emas skuad kriket T20 wanita negara tergugat susulan kekalahan aksi round robin kepada Thailand yang jelas berada dalam kelas tersendiri dalam perlawanan di Kinrara Oval, hari ini.
Malaysia mengharapakan kesinambungan kemenangan diteruskan ke atas Thailand selepas mengatasi Singapura dalam aksi pembuka tirai.
Thailand yang memenangi lambungan syiling memaksa Malaysia untuk mencari larian terlebih dahulu.
Skuad Malaysia -- yang diketuai Winifred Anne Duraisingam -- bagaimanapun terjerat dengan strategi sendiri memberi ruang buat Thailand mengeluarkan kesemua pemain negara hanya selepas 16 overs, dengan merekodkan 48 larian.
Thailand pula tidak membuang masa mengatasi catatan larian Malaysia apabila hanya memerlukan 8 overs untuk mengesahkan kemenangan.
"Sebenarnya tiada tekanan dalam perlawanan ini tetapi pukulan yang kami lakukan kurang menjadi. Kami akan cuba mempamerkan persembahan yang lebih baik dalam perlawanan akan datang," kata Winifred.
Memandangkan hanya empat negara beraksi dalam saingan wanita, Malaysia kini perlu memenangi baki perlawanan menentang Indonesia sambil mengharapakan Thailand tewas kepada Singapura.
"Kami memberikan fokus kepada satu demi satu perlawanan, kami tidak mahu terlalu memikirkan kepada kemenangan," tambahnya.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.