Skip to main content

Sukan SEA

Kriket: Harapan lihat negara diwakili pelbagai suku kaum

kriket-temiar-280817.jpg
Kehadiran dua pemain suku Temiar, Sasha dan Zumika Azmi, menjadi kunci utama skuad kriket wanita negara meraih pingat gangsa acara T20 Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kinrara Oval, hari ini. 

Skuad negara menewaskan Singapura dengan 52 larian hanya dalam 9 over. 

Menariknya, kejayaan itu juga dibantu dengan kehadiran dua pemain suku Temiar dari Gua Musang, Kelantan. 

"Saya berharap kawan-kawan di luar sana, terutama dari suku Temiar di Gua Musang, dapat menyertai sukan dan dapat mewakili negara.," ujar Zumika. 

Sasha juga menaruh harapan yang sama untuk melihat lebih banyak suku kaum di Malaysia aktif dalam bidang sukan dengan berkata: "Nasihat saya kepada semua suku kaum di Malaysia bagi yang berminat dalam sukan, saya harap satu hari nanti dapat menyaksikan anda semua mewakili negara."

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video