Skip to main content

Sukan Lain

Kredibiliti calon pengerusi Yakeb ditapis -- Syed Saddiq

syed-saddiq-syed-abd-rahman.jpg
Identiti pengerusi baru Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dijangka diketahui sejurus pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Putrajaya esok.

Kerusi pengerusi Yakeb kosong sejak bekas pemain skuasy negara, Azlan Iskandar, meletakkan jawatan Oktober lalu.

Beberapa calon dikaitkan sebagai penggantinya seperti ahli perniagaan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, ahli lembaga pengarah Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed, dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

"Kami ingin pastikan individu yang dipilih itu kelak adalah calon yang terbaik, boleh turun padang dan menjaga kebajikan atlet secara menyeluruh. 

"Ada pihak daripada persatuan, bekas atlet dan tokoh korporat yang memiliki cadangan masing-masing. 

"Saya tidak mahu tergesa-gesa (mengenai pelantikan). Saya ingin berjumpa dengan calon-calon tersebut dan pihak yang telah mendapat bantuan daripada Yakeb terlebih dahulu untuk mendengar pendapat mereka," kata Syed Saddiq. 

 

Advertisement

Must Watch Video