Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Tenis

Kokkinakis mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thanasi-kokkinakis-060817.jpg
Pemain tenis Australia, Thanasi Kokkinakis, mengesahkan tempat dalam final Terbuka Los Cabos selepas mengatasi cabaran Tomas Berdych dalam saingan separuh akhir.

Berada di tangga ke-454 dunia, Kokkinakis, yang menyertai kejohanan menerusi tiket wildcard, bangkit daripada ketinggalan dalam set pertama untuk menang  3-6, 7-6 (7-5), 6-4.

Pemain berusia 21 tahun itu mengalami episod kecederaan panjang sejak 2015 sebelum kembali beraksi dalamTerbuka Perancis pada tahun ini.

Bagaimanapun, kebangkitan Kokkinakis membolehkannya menempah tiket dalam final pertamanya dalam Jelajah ATP untuk bertemu Sam Querrey.

Querrey, yang berada di tangga ke-24 dunia, mara ke pentas akhir selepas mengetepikan pemain Bosnia, Damir Dzumhur, 3-6, 6-4, 6-4.

Pemain Amerika Syarikat itu berpeluang untuk meraih kejuaraan keduanya di Mexico selepas melakukannya di Apulco ketika menentang Rafael Nadal, Mac lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video