Skip to main content

Hoki

KLHC ambil langkah waspada hadapi SSTMI

2217klhc.jpg
Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tidak rela keciciran mata lagi apabila bertemu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dalam perlawanan Liga Premier TNB Liga Hoki Malaysia, esok.

Ia berikutan pasukan gergasi itu dipaksa untuk meraih keputusan seri 2-2 ketika bertemu TNB dalam perlawanan terakhir liga, sekali gus menjejaskan misi mereka untuk mengejar pendahulu liga, Pasukan Hoki Terengganu (THT).

KLHC kini menduduki tangga kedua di belakang THT selepas mengutip 14 mata daripada empat perlawanan, ketinggalan dua mata di belakang seteru utama mereka itu.

Jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al Rashid Samri, berkata keputusan seri itu sememangnya memberi impak besar kepada anak buahnya.

"Kami terima keputusan itu tetapi secara jujur, ia jelas menjejaskan kami untuk mengekori rapat THT. Apapun, kami perlu fokus dalam perlawanan seterusnya bertemu SSTMI," katanya.

Tambah Harun, meskipun SSTMI baru dinaik ke Liga Premier, dia tidak mahu anak buahnya memandang rendah kekuatan lawan mereka itu.

"SSTMI ini samalah seperti TNB atau TNB Thunderbolt. Mereka sering memberikan masalah kepada kami. Pasukan seperti ini mempunyai corak permainan yang agak lincah, laju serta mempunyai kemahiran yang tinggi.

"Kami harus berwaspada dengan SSTMI walaupun mereka baru musim pertama dalam Liga Premier," katanya.

Antara perlawanan tumpuan lain adalah membabitkan THT melayan kunjungan TNB di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu.

Liga Premier

Esok (3 Februari 2017)

THT lwn TNB, 5 ptg (Stadium Hoki Batu Buruk)

Maybank lwn UniKL, 6 ptg (Stadium Hoki Bukit Serindit)

UiTM-KPT lwn TNB Thunderbolt, 6 ptg (Stadium Tun Razak)

KLHC lwn SSTMI, 6 ptg (Stadium Hoki Pantai)

Advertisement

Must Watch Video