Bekas penerjun negara, Bryan Nickson Lomas, menganggap pelantikan Zhang Yukun sebagai pemangku ketua jurulatih skuad terjun kebangsaan akan meredakan tekanan yang wujud sejak bulan lalu.
Katanya, ia kerana Yukun memiliki corak latihan mirip Yang Zhuliang selain akan menerima lebih banyak bantuan sains sukan menerusi kehadiran Christian Brooker.
"Terus terang saya cakap sebab kita terlalu banyak latihan gaya China. (Tetapi) perkara baru ini, saya berpandangan positif kerana aspek sains sukan memang sangat diperlukan pada masa ini.
"Dia akan banyak membantu atlet pada masa akan datang," katanya.
Program Podium melantik Yukun secara sementara untuk membimbing skuad terjun ketika Brooker juga tiba di Malaysia dan memulakan tugas sebagai pembantunya.
Program sukan termahal negara itu berpendapat Yukun lebih berpengalaman dan sesuai menggantikan Zhuliang yang tidak disambung kontrak.