Syarikat perbankan terkemuka, Affin Bank, terus menunjukkan komitmen tinggi terhadap pembangunan sukan di negara apabila tampil sebagai antara penaja utama bagi penganjuran larian Kidslympic yang berlangsung meriah di ibu negara, hari ini.
Ia bukan sekadar larian untuk memupuk minat awal dalam kalangan kanak-kanak terhadap gaya hidup sihat dengan aktiviti bersukan, malah turut mengeratkan ikatan kekeluargaan.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank, Joanne Rodrigues, berkongsi keterujaan mengenai larian yang menyaksikan anaknya berjaya meraih tempat ketiga.
"Kami sangat menyokong program sebegini lebi-lebih lagi menekankan kesihatan dan kanak-kanak sebagai perkara utama.
"Ini kerana mereka adalah pemangkin masa hadapan.
"Kami mahu menunjukkan Affin Bank sangat memberi manfaat kepada komuniti.
"Semua orang patut membawa keluarga untuk menyertai larian seperti ini," katanya.
Kidslympic edisi pertama yang dianjurkan tahun lalu mendapat sambutan baik dan penganjur kini akan menganjurkan edisi lebih besar Oktober depan.
"Kami menawarkan inisiatif untuk keluarga berlari bersama anak-anak.
"Kejohanan larian ini akan berlangsung serata Malaysia untuk mempromosikan Kidslympic secara besar-besaran, akhir tahun ini.
"Semasa Hari Sukan Negara kelak, ada tujuh sukan akan dipertandingkan iaitu bola sepak, olahraga, renang, gimnastik, bola tampar dan taekwondo," kata pengasas bersama, Wong Kang Woon.