Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yakin tarikh penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 tidak terjejas di sebalik debaran Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
Mengikut perancangan asal, LTdL 2018 dijadualkan berlangsung pada awal Mac sebelum ia dianjakkan ke 16 Mac sebagai tarikh permulaan perlumbaan.
Ciclista Sports Sdn Bhd sekali lagi diberikan hak penganjuran buat tahun ketiga berturut-turut dengan ia kali ini diterajui bekas pelumba kebangsaan, M. Kumaresan, sebagai ketua pegawai eksekutif perlumbaan.
Bagaimanapun, perkara yang menjadi tumpuan sudah pasti tarikh penganjuran yang diharapkan tidak akan bertindih dengan PRU14.
"Pemilihan tarikh ini merupakan satu perkara yang sukar. PRU akan dijalankan pada bila-bila masa. Jadi, kami berharap ia tidak akan mengganggu kelancaran saingan," kata Khairy selepas merasmikan majlis pelancaran LTdL 2018 di Putrajaya, hari ini.
Turut diumumkan ialah salah satu penaja perlumbaan, Volkswagen, selaku kenderaan rasmi LTdL 2018.

Jelas Khairy lagi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberikan dana berjumlah RM12 juta kepada penganjur dengan sasaran sebanyak RM18 juta diperlukan untuk memastikan kelancaran perlumbaan.
"Saya telah meminta untuk membuat rundingan bagi menggunakan laluan di Genting Highlands tetapi pihak mereka enggan memberikan sokongan kepada kami," katanya.